Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Sambutan Qiraat Khatam Al-Quran kelolaan ABCi

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi)

01_.png

SETIAUSAHA Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin semasa Majlis Sambutan Qiraat Khatam Al-Quran Bagi Pegawai-Pegawai dan Kakitangan ABCi.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun. – Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan baru-baru ini telah mengadakan Majlis Sambutan Qiraat Khatam Al-Quran Bagi Pegawai-Pegawai dan Kakitangan ABCi yang diselajurkan dengan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim. Majlis tersebut telah diadakan pada 14 Ramadhan 1438 bersamaan 9 Jun 2017 bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Majlis pada pagi itu dimulakan dengan Khatam Al-Quran yang diketuai oleh tetamu kehormat dan diikuti oleh 47 orang Pegawai-Pegawai dan Kakitangan ABCi.

Majlis diikuti dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dari kalangan keluarga Kakitangan ABCi iaitu Awang Muhammad Safwan Azmi bin Mohd Zali, Dayang Syazana Najlaa binti Mohd Zali dan Dayang Nurul Syahmina Nasyirah binti Mohd Zali.

03_.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.

Kemudian Majlis disusuli dengan penyampaian derma kepada mangsa kebakaran iaitu Pengiran Ayub bin Pengiran Haji Yassin, salah seorang Kakitangan ABCi.

04_.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin menyampaikan sumbangan derma kepada mangsa kebakaran dari kalangan warga ABCi.

Majlis pada pagi itu juga diteruskan dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada Pengiran Hajah Laila Mastani binti Pengiran Mahmud, salah seorang Kakitangan ABCi yang bersara.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada Awang Aziman bin Haji Jumahat, pemenang mencipta tajuk newsletter ABCi.

06_.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin menyampaikan hadiah kepada pemenang mencipta tajuk newsletter ABCi.

Penyampaian sijil, derma, cenderahati dan hadiah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua ABCi, Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad serta 110 orang yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai dan Kakitangan ABCi.

Majlis tersebut diharap akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Pegawai-Pegawai dan Kakitangan ABCi disamping mengimarahkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

02_.JPG

05_.JPG

07_.JPG

10_.JPG

08_.JPG

09_.JPG

Attachments