Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan ceriakan anak yatim

Berita dan Foto: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

majlisnuzulalqurandanpenyampaiandermaanakyatim_4.jpg

TETAMU kehormat menyempurnakan penyampaian derma kepada anak-anak yatim.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 17 Jun. - Bagi menggalakkan dan memberikan kesedaran kepada warga kementerian untuk memperbanyakkan amalan bersedekah pada bulan Ramadan, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran yang diselajurkan dengan Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim, diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, di sini.

majlisnuzulalqurandanpenyampaiandermaanakyatim_1.jpg

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku wakil peribadi Menteri Pembangunan hadir di majlis tersebut selaku tetamu kehormat.

Seramai 63 anak yatim yang terdiri daripada anak-anak warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya menerima sumbangan derma daripada para pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

Daripada jumlah tersebut, 35 anak yatim lelaki manakala 28 lagi adalah anak-anak yatim perempuan.

Penyampaian derma disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku wakil peribadi Menteri Pembangunan.

Majlis diserikan dengan Ceramah Khas 'Sayangilah Anak-Anak Yatim Sepertimana Rasulullah Mencintai Mereka' yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Haji Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

majlisnuzulalqurandanpenyampaiandermaanakyatim_2.jpg

PENOLONG Pensyarah, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Haji Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit semasa menyampaikan Ceramah Khas 'Sayangilah Anak-Anak Yatim Sepertimana Rasulullah Mencintai Mereka'.

Aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan itu antara lain bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab para pegawai dan kakitangan dalam sama-sama membantu dan memeduli anak-anak yatim.

majlisnuzulalqurandanpenyampaiandermaanakyatim_5.jpg

majlisnuzulalqurandanpenyampaiandermaanakyatim_6.jpg

ANTARA yang hadir.

Juga hadir, Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit, para pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments