Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
ASEAN bersama tangani isu alam sekitar

Oleh: Saerah Haji Abdul Ghani | Foto: Mohd. Sahrizal Haji Said

2_amme14_jastre.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah semasa berucap pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Ke-14 mengenai Alam Sekitar (AMME Ke-14).

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 12 September. – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah berkata, banyak perkembangan menggalakkan dan positif dalam bidang kerjasama alam sekitar telah dilakukan bersama-sama di bawah ASEAN.

Pencapaian-pencapaian ini jelas Yang Berhormat, telah disokong oleh pihak berkepentingan kita masing-masing untuk memenuhi keperluan pengurusan alam sekitar yang betul ke arah kemampanan alam sekitar.

''Walaupun keadaan dan cabaran yang berbeza dihadapi setiap negara, seperti yang nyata dalam pelbagai kapasiti dan sumber bagi setiap negara masing-masing dapat ditanggung dalam menangani isu-isu alam sekitar, sama ada tempatan atau wilayah,'' jelas Yang Berhormat semasa berucap pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Ke-14 mengenai Alam Sekitar (AMME Ke-14) yang berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa yang juga selaku Pengerusi Mesyuarat.

Setelah mencapai matlamat di bawah Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) tambah Yang Berhormat, negara-negara ASEAN kini bergabung dengan negara-negara lain dalam menerimapakai dan berusaha untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sementara itu, pencapaian alam sekitar di bawah bidang Sektor Alam Sekitar ASEAN terang Yang Berhormat, antara lain telah merangkumi pencapaian kejayaan Wira Biodiversiti ASEAN, Penerbitan Laporan Alam Sekitar ASEAN, Forum Alam Sekitar Belia ASEAN, Anugerah Kemampanan Bandar ASEAN dan Sijil Pengiktirafan, Tinjauan Kepelbagaian Biodiversiti ASEAN, dan juga kerjasama dengan rakan dialog.

Jelas Yang Berhormat lagi, semasa kita memulakan AEC dan merealisasikan Wawasan Komuniti ASEAN 2025 kita akan terus menangani perubahan pesat landskap serantau dan global yang akan memberi banyak peluang dan juga menimbulkan banyak cabaran.

Dengan keupayaan untuk bekerja secara kolektif dan pragmatik dalam kepentingan bersama dan memanfaatkan semangat kerjasama dan perpaduan ASEAN, Yang Berhormat yakin mereka akan dapat terus memajukan bidang kerjasama alam sekitar di bawah kerangka kerja ASEAN.

AMME Ke-14 memberi ruang penting bagi menumpukan perhatian dan mengukuhkan usaha-usaha kolektif dan kolaborasi yang diperlukan ke arah pemuliharaan, pengurusan dan perlindungan terhadap alam sekitar.

 1_amme14_jastre.jpg

KIRA-KIRA 100 delegasi dari negara anggota ASEAN (AMS) dan wakil-wakil dari Sekretariat ASEAN bersidang pada mesyuarat tersebut.

Kira-kira 100 delegasi dari negara anggota ASEAN (AMS) dan wakil-wakil dari Sekretariat ASEAN bersidang pada mesyuarat tersebut dan delegasi Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments