Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan juarai Kategori Perahu dan Kenderaan Berhias

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas (Pelita Brunei)

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan Kategori Perarakan Perahu-Perahu Berhias.png

MENTERI Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan bagi Kategori Perarakan Perahu-Perahu Berhias kepada wakil dari Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 Disember.  Kementerian Pembangunan telah diumumkan sebagai penerima hadiah tempat pertama dalam Kategori Perarakan Perahu-Perahu Berhias dengan menerima wang tunai berjumlah $1,000 berserta sijil penyertaan.

Kementerian Pembangunan juga menyandang gelaran juara dalam Kategori Kenderaan/Kereta Berhias dan menerima hadiah wang tunai berjumlah $2,000 berserta sijil penyertaan.

Keputusan-keputusan ini telah diumumkan pada Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan kepada Pemenang-Pemenang dan Peserta-Peserta Perarakan Kapal-Kapal, Perahu-Perahu, Kereta-Kereta dan Basikal-Basikal Berhias sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan Kategori Kenderaan dan Kereta Berhias.png

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan bagi Kategori Kenderaan/Kereta Berhias kepada wakil dari Kementerian Pembangunan.

Menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan bagi Kategori Kenderaan/Kereta Berhias kepada wakil dari Kementerian Pembangunan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku pengerusi bersama Jawatankuasa Keraian dan Acara-Acara Daerah Mukim Sempena Jubli Emas Baginda Sultan Menaiki Takhta.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya, Dr. Rohaniyati binti POKS Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh selaku wakil dari Kementerian Pembangunan menerima hadiah dan sijil penghargaan bagi Kategori Perarakan Perahu-Perahu Berhias daripada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof yang juga selaku pengerusi bersama Jawatankuasa Keraian dan Acara-Acara Daerah Mukim Sempena Jubli Emas Baginda Sultan Menaiki Takhta.

Majlis yang diadakan di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas itu turut dihadiri oleh Pemangku Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Pembangunan, Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

Attachments