Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Miliki sifat kerohanian berkonsepkan MIB

Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi

Bengkel PPS MOD.2.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dalam sesi bergambar ramai di Majlis Pembukaan Bengkel Pelan Strategik, Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 27 Februari. – Setiap jabatan, divisyen dan unit di bawah Kementerian Pembangunan diseru agar sentiasa berusaha dalam memastikan pelan strategik kementerian sejajar dengan keperluan-keperluan, serta menepati cabaran-cabaran semasa di samping memiliki sifat-sifat kerohanian yang berkonsepkan Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai pembentuk dan penentu calak keBruneian.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa merasmikan pelancaran Bengkel Perancangan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan yang diadakan di Ruang Lobi, Kementerian Pembangunan, di sini.

Yang Berhormat dalam ucapannya turut memetik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda  Ke-65 Tahun pada 15 Julai 2011, yang menitahkan bahawa dunia adalah benar-benar sedang menghadapi cabaran masa depan yang luas.

Bengkel PPS MOD.1.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa berucap di Majlis Pembukaan Bengkel Pelan Strategik, Kementerian Pembangunan.

''Dalam keadaan yang sedemikian ini, pilihan kita adalah jelas, perlu meneruskan agenda pembangunan yang seimbang.

Pertama – Rancangan Kemajuan Negara (RKN) perlu mendasari kehendak strategi dan pelaksanaan yang berkesan. Kedua – Perancangan sumber tenaga manusia perlulah lebih tersusun, dan Ketiga – Penggubalan rangkaian undang-undang dan peraturan yang secukupnya, juga diperlukan untuk menjaga kepentingan pembangunan,'' demikian petikan titah Kebawah DYMM.

Beliau seterusnya menyeru agar segala apa jua usaha-usaha adalah untuk diniatkan semata-mata kerana untuk kebaikan bersama, dan bagi menyokong hasrat dan cita-cita murni Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

Terdahulu, Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin dalam ucapan alu-aluannya turut menyentuh penyediaan satu draf Kertas Kerengka Dasar Kementerian Pembangunan yang akan diedarkan sedikit masa lagi, dan ke arah itu perlunya membuat rebiu ke atas Pelan Strategik sedia ada, untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa dan seterusnya mendokong dasar-dasar utama yang telah digariskan.

Menyentuh mengenai bengkel selama tiga hari itu, beliau menggariskan ia akan menggunakan 'structured framework' melalui metadologi 'delivery approach' dalam penganalisaan pelan strategik bagi menghasilkan 'desired deliverables'.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; ketua dan timbalan setiap jabatan, divisyen dan unit di bawah Kementerian Pembangunan.

Bengkel Perancangan Pelan Strategik 2018 - 2023 Kementerian Pembangunan ini merupakan kendalian secara in-house oleh Divisyen Penyelarasan Polisi dan Pelan Strategik (PCSP) dan akan berakhir pada 3 Mac depan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments