Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Tingkatkan kesedaran jimatkan penggunaan air

Oleh: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi | Foto: Masri Osman

1_HK HAS 2018.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan menanam pokok di kawasan letak kereta Jabatan Perkhidmatan Air.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 Mei. – Jabatan Perkhidmatan Air mengadakan Hari Keluarga bersempena Sambutan Hari Air Sedunia 2018 berlangsung di jabatan itu di Tasek Lama, di sini.

Hadir memeriahkan acara berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Acara dimulakan dengan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diikuti sesi senamrobik sebelum melakukan 'Nature Walk' di salah sebuah destinasi riadah di negara ini, Taman Peranginan Tasek Lama.

3_HK HAS 2018.jpg

TETAMU kehormat, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyertai sesi senamrobik pada Hari Keluarga sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2018.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan kemudiannya menanam pokok di kawasan letak kereta jabatan tersebut dan seterusnya menyaksikan gerai-gerai jualan, pameran dan aktiviti permainan.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti 'garage sale', permainan bouncer, pameran haiwan serta aktiviti memanah dan pertunjukan kereta.

Acara juga diselajurkan dengan penyampaian hadiah pemenang Peraduan Melukis Poster Penjimatan Air dan Peraduan Kaji Selidik dan Kuiz Sempena Hari Air Sedunia tahun ini yang diadakan di Lobi Bangunan Mahkamah di jabatan itu.

Para pengunjung juga berkesempatan menyaksikan pameran poster-poster Penjimatan Air dan Pemantauan Kualiti Air.

Juga hadir, Setiausaha Tetap (Teknikal dan profesional), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan Air.

Tujuan utama acara itu adalah bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan air dan penjimatannya dalam kehidupan seharian kita.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments