Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
200 beg guna semula diedarkan di Daerah Temburong

Siaran Akhbar dan Foto: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe)

1_Pengagihan beg kitar semula Temburong.jpg

PEMANGKU Pengarah JASTRE bersama dengan peniaga-peniaga di Tamu Muhibah Aneka Selera, Pekan Bangar.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 Jun. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) telah mengedarkan 200 beg guna semula dan poster pelancaran penambahan hari Khamis ke arah Setiap Hari Tanpa Beg Plastik di gedung-gedung perniagaan terpilih di Daerah Temburong.

Rombongan dari JASTRe yang diketuai oleh Pemangku Pengarah, Dayang Martinah binti Haji Tamit melawat Ya-Nur Trading Company Sdn Bhd, Tian Hua Enterprise, Chop Hock Guan, Jayamuhibah Shopping Mart dan Lakujaya Minimart bagi pembahagian beg-beg guna semula kepada pembeli dan poster pelancaran kepada gedung berkenaan. Rombongan juga mengedarkan beg guna semula di Tamu Muhibbah Aneka Selera.

2_Pengagihan beg kitar semula Temburong.jpg

PEMANGKU Pengarah, Dayang Martinah binti Haji Tamit menyampaikan Poster Pelancaran Penambahan Hari Khamis Ke arah Setiap Hari Tanpa Beg Plastik kepada Pengurus Kedai Chop Hock Guan, Pekan Bangar.

Turut hadir ialah Ketua Cawangan Temburong adalah Dk. Hajah Hasimah binti Pg. Tajuddin.

Slogan untuk insiatif tersebut, "It Takes a Nation to End Plastic Pollution" menekankan pentingnya penglibatan kesemua pihak untuk menjayakan usaha pengurangan pencemaran plastik.

Sepertimana yang diucapkan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar di acara Pelancaran Penambahan Hari Khamis Ke Arah Setiap Hari Tanpa Beg Plastik pada 19 April 2018, "Kejayaan dalam merealisasikan hasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam ini bebas dari pencemaran plastik bergantung sepenuhnya dari tindakan semua pihak terutama sekali pihak pasar raya dan gedung-gedung perniagaan, pemilik kedai runcit dan orang ramai yang jadi pengguna beg plastik. Sekiranya tiada kesedaran di kalangan kita semua mengenai pencemaran dari beg plastik, segala perancangan yang diungkayahkan oleh pihak Kerajaan tidak akan berjaya sepenuhnya."

Penambahan hari-hari lain akan dibuat secara berperingkat-peringkat seperti berikut: Penambahan hari Rabu pada bulan Julai 2018, Selasa pada Oktober 2018 dan Isnin untuk ditambah pada Disember 2018 bagi merealisasikan matlamat dan dasar Kerajaan ke arah Setiap Hari Tanpa Beg Plastik sehingga bermula 1 Januari 2019.

Pada permulaannya, penambahan ini akan melibatkan kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan yang sedia ada tersenarai di bawah Inisiatif Hujung Minggu Tanpa Beg Plastik. Akan tetapi, ianya akan diperluaskan dan dilaratkan lagi kepada pengguna beg plastik seperti kedai-kedai runcit, restoran dan gerai-gerai makanan di seluruh negara.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments