Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Penutupan sementara sebahagian Jalan Perusahaan mulai 1 April

Siaran Akhbar: Jabatan Kerja Raya

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Mac. – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian daripada empat lorong Jalan Perusahaan dan akan membuat satu lencongan sementara.

Penutupan tersebut yang akan dilaksanakan bermula pada Isnin, 1 April dari jam 8.00 pagi selama tiga bulan adalah bertujuan untuk memberi laluan bagi pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih jalan berkenaan.

Penutupan dua lorong Jalan Perusahaan akan melibatkan laluan sepanjang lebih kurang 1.2 km bagi lalu lintas dari Jambatan Pulau Muara Besar menuju ke Pekan Muara dan lencongan sementara satu lorong satu hala akan dibuat bagi memudahkan pergerakan lalu lintas.

Sehubungan itu, pihak jabatan juga ingin mengingatkan kepada para pengguna jalan raya, khususnya yang tinggal berhampiran di kawasan tersebut supaya akan sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut, di samping mematuhi papan tanda jalan raya dan papan tanda keselamatan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Pada kesempatan ini, pihak jabatan ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama para pengguna jalan raya dan sebarang pertanyaan juga aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan ini melalui Talian Darussalam: 123 / Livechat: +673 8333123, Facebook: 'Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam' dan e-mel: pro@pwd.gov.bn.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments