Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis dikir maulud di Masjid Universiti

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Dikir Maulud di Masjid Universiti.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa mengetuai rombongan daripada Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya pada Majlis Berdikir di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.

TUNGKU LINK, Selasa, 29 Oktober. – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya menerima undangan majlis dikir maulud sempena memperingati hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang telah diadakan di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Awang Haji Jufri bin Haji Hidup yang seterusnya menyampaikan tazkirah.

Majlis seterusnya diikuti dengan Persembahan Dikir beramai-ramai dimulakan dengan Dikir Assalamualaika dipimpin oleh Awang Haji Mohd Ashraf bin Haji Bujang.

Selesai Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah, persembahan dikir disambung dengan Dikir Asyrakal.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; ketua-ketua jabatan, ketua-ketua divisyen dan unit serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dikir maulud diadakan selama 12 malam berturut-turut sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan merupakan salah satu acara kebesaran Islam di samping mengharapkan syafaat Baginda dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua.

2_Dikir Maulud di Masjid Universiti.JPG

3_Dikir Maulud di Masjid Universiti.JPG

4_Dikir Maulud di Masjid Universiti.JPG

5_Dikir Maulud di Masjid Universiti.JPG

ANTARA pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang hadir.

Attachments