Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
181 pesara Kementerian Pembangunan terima sijil penghargaan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

8_181 pesara Kementerian Pembangunan terima sijil penghargaan.JPG 

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 31 Oktober. – Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan bagi Pegawai-pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya yang Bersara Pada Tahun 2018 telah diadakan pada sebelah petang bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada para pesara ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-undang) Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Kementerian Pembangunan selaku Pengerusi Majlis, Awang Haji Mohammad Kassim bin Haji Ya'akub, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan serta para pesara dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang diraikan.

11_181 pesara Kementerian Pembangunan terima sijil penghargaan.JPG

10_181 pesara Kementerian Pembangunan terima sijil penghargaan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan sijil penghargaan kepada beberapa orang pesara.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai bersama Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan pesara-pesara yang hadir diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Projek Tingkat I dari Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan, Awang Mohammad Khairul bin Jackariah.

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis.

9_181 pesara Kementerian Pembangunan terima sijil penghargaan.JPG

CERAMAH khas bertajuk 'Jutawan Dunia dan Akhirat' disampaikan oleh Penolong Pensyarah, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Ustaz Haji Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

Majlis turut diisikan dengan ceramah khas bertajuk 'Jutawan Dunia dan Akhirat' yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Ustaz Haji Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

Majlis diikuti dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada para pesara yang terdiri daripada mantan pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang bersara pada tahun 2018.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Seramai 181 orang pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah bersara pada tahun 2018 iaitu terdiri daripada lapan orang dari Kementerian Pembangunan, tiga orang dari Jabatan Perancang, Bandar dan Desa, 10 orang dari Jabatan Kemajuan Perumahan, 16 orang dari Jabatan Ukur, 15 orang dari Jabatan Tanah, 11 orang dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan 118 orang dari Jabatan Kerja Raya.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan di atas segala sumbangan jasa bakti dan khidmat pegawai-pegawai dan kakitangan yang bersara dan telah berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis ini juga bersempena dengan sambutan Hari Perkhidmatan Awam bagi tahun ini yang biasanya diadakan pada 29 September setiap tahun.

1_181 pesara Kementerian Pembangunan terima sijil penghargaan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bergambar ramai bersama para pesara dari Kementerian Pembangunan.

6_181 pesara Kementerian Pembangunan terima sijil penghargaan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bergambar ramai bersama para pesara dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

2_181 pesara Kementerian Pembangunan terima sijil penghargaan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bergambar ramai bersama para pesara dari Jabatan Kemajuan Perumahan.

5_181 pesara Kementerian Pembangunan terima sijil penghargaan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bergambar ramai bersama para pesara dari Jabatan Ukur.

3_181 pesara Kementerian Pembangunan terima sijil penghargaan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bergambar ramai bersama para pesara dari Jabatan Tanah.

4_181 pesara Kementerian Pembangunan terima sijil penghargaan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bergambar ramai bersama para pesara dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

7_181 pesara Kementerian Pembangunan terima sijil penghargaan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bergambar ramai bersama para pesara dari Jabatan Kerja Raya.

Attachments