Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
JPBD raikan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

INFODEPT08_005.JPG

BUKU-BUKU Garispanduan Perancangan dan Sistem-sistem Perancangan disampaikan oleh Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, Awang Shahrom bin Haji Awang Suhaimi kepada Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar. (Foto: Jabatan Penerangan)

BERAKAS, Isnin, 4 November. – Jabatan Perancang Bandar dan Desa hari ini mengadakan majlis sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia yang jatuh pada 8 November setiap tahun, bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar telah hadir selaku Tetamu Kehormat majlis dan seterusnya memberikan ucapan perasmian serta melancarkan tiga Garis Panduan Perancangan – Garis Panduan Perancangan dan Piawaian untuk Tambahan bagi Kemajuan Perumahan di dalam Kawasan Rancangan Perumahan Negara, edisi 2019, Garis Panduan Perancangan dan Piawaian untuk Kemajuan Industri, edisi 2019 dan Garis Panduan Perancangan dan Piawaian untuk Pemecahan dan/atau Penyatuan Tanah, edisi 2019; satu Garis Panduan Supplementari Perancangan – Garis Panduan Supplementari Kepadatan Tanah dan Nisbah Plot bagi Kemajuan Perumahan, edisi 2019; dan dua sistem maklumat perancangan, iaitu Informasi Perancangan Gunatanah (i-PG) dan Sistem Informasi Perancangan dan Kemajuan (i-PK).

1_JPBD raikan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019.JPG

ANTARA tetamu yang hadir semasa majlis sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019.

Tujuan garis panduan perancangan ini adalah untuk menyelaras parameter perancangan yang berkenaan dan proses permohonan kebenaran perancangan, selaras dengan perkembangan semasa. Penerbitan garis panduan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan jabatan khusus di dalam mendokong objektif strategik di dalam mewujudkan pembangunan yang mampan dengan mengoptimakan penggunaan tanah dan pengurusan pembangunan yang cekap.

Manakala, tujuan sistem Informasi Perancangan Gunatanah (i-PG) adalah untuk mengongsikan maklumat mengenai dasar perancangan melalui Sistem Geoportal yang disediakan oleh Jabatan Ukur. Ini bertujuan untuk memudahkan orang awam untuk merancang pembangunan mereka selaras dengan dasar perancangan dan juga sebagai salah satu inisiatif jabatan untuk mencapai objektif Smart Nation melalui perkongsian maklumat di antara pihak Kerajaan dan orang awam.

Sistem Informasi Perancangan dan Kemajuan (i-PK) berperanan sebagai sebuah platform atas talian bagi syarikat guaman untuk menghadapkan permohonan bagi mendapatkan maklumat perancangan dan kemajuan. Melalui sistem ini, Jabatan Perancang Bandar dan Desa berharap untuk menambahbaik tatacara menghadapkan permohonan agar proses ini menjadi lebih mudah kepada pengguna.

2_JPBD raikan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa memberikan ucapan perasmian sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019.

Tema sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia pada tahun ini ialah 'Melibatkan Warga Belia di Dalam Perancangan Bandar'. Tema ini amat relevan masa kini dan selaras dengan usaha Jabatan Perancang Bandar dan Desa yang kini giat dalam meningkatkan penglibatan dan pendedahan mengenai perancangan bandar kepada warga belia.

Jabatan Perancang Bandar dan Desa berpendapat, melalui penglibatan warga belia di dalam perancangan bandar, ia akan mendatangkan impak positif kepada perancangan kemajuan di masa akan datang memandangkan warga belia adalah peneraju generasi di masa hadapan.

Dalam hasrat untuk meningkatkan penglibatan warga belia dalam perancangan bandar, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa seperti mengadakan pameran, taklimat, bengkel dan jerayawara. Baru-baru ini, jerayawara perancangan bandar telah diadakan di Daerah Tutong dan Belait dengan melibatkan penuntut-penuntut di daerah-daerah berkenaan.

Sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia tahun ini, Jabatan Perancang Bandar dan Desa dengan kerjasama Politeknik Brunei telah mengungkayahkan satu pertandingan perancangan guna tanah yang mana hasil pertandingan ini telah dipamerkan semasa majlis tersebut.

Jabatan Perancang Bandar dan Desa akan sentiasa meningkatkan lagi inisiatif-inisiatif melibatkan warga belia di masa akan datang bagi memberikan lebih banyak peluang kepada warga belia untuk terlibat lebih aktif di dalam perancangan bandar. Dengan adanya lebih banyak penglibatan warga belia, diharapkan supaya perancangan bandar yang lebih teratur boleh ditingkatkan lagi di Negara Brunei Darussalam bagi menjadikan negara ini sebuah negara yang mempunyai perancangan pembangunan dan sosio-ekonomi yang berdayatahan selarah dengan visi dan misi jabatan.

Di majlis tersebut, Tetamu Kehormat juga menyaksikan pameran yang disediakan berkaitan dengan tema sambutan.

4_JPBD raikan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019.JPG

5_JPBD raikan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyaksikan pameran berkaitan dengan tema sambutan.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad dan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari; Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, ketua-ketua jabatan, penghulu-penghulu mukim yang berkenaan, pegawai-pegawai kanan, wakil kumpulan belia dan penuntut-penuntut dari Politeknik Brunei.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

Attachments