Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Budayakan amalan hidup bersih sedari kecil

Berita: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Budayakan amalan hidup bersih sedari kecil.JPG

HADIR bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 November. – Kebersihan itu sebahagian daripada iman di mana kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman ialah menjaga kebersihan, sama ada dirinya dan perkara berhubungan dirinya seperti rumah, bilik, halaman rumah dan juga tempat belajar, atau yang berhubung dengan orang lain.

"Membudayakan amalan hidup bersih ini adalah bermula dari rumah dan ibu bapa hendaklah membimbing dan mengajar anak-anak sejak dari kecil lagi, kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya," demikian antara inti pati tazkirah bertajuk 'Islam Agama Kebersihan' yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Pengajian Fiqh Al-Usrah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Awang Hilman bin Haji Salim sejurus selesai menunaikan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

Tazkirah Subuh bersempena Program Masjidku Makmur, Negara Berkat itu seterusnya menekankan bahawa mempraktikkan amalan kebersihan di hadapan anak-anak seperti membuang sampah di tempat yang sepatutnya, membasuh tangan sebelum dan selepas makan, menutup mulut ketika batuk atau bersin dan sebagainya.

Selain itu juga tegasnya, kebersihan luar rumah juga perlu diambil perhatian seperti memotong rumput-rampai di halaman dan di sekeliling rumah, membersihkan longkang dan saliran air, begitu juga sampah sarap janganlah dibuang merata-rata tempat sehingga mengganggu jiran dan orang lain.

Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

2_Budayakan amalan hidup bersih sedari kecil.JPG

SESI bergambar ramai.

Juga hadir, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments