Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Pembukaan jalan baharu di Sekolah Menengah Arab Rimba

Siaran Akhbar dan Foto: Jabatan Kerja Raya

1_Pembukaan jalan baharu di Sekolah Arab Rimba.jpg

PETA jalan baharu bagi menghubungkan Sekolah Arab Rimba yang bermula dari pusing keliling Kampung Rimba.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 31 Disember. – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada para pengguna jalan raya mengenai pembukaan jalan baharu yang menghubungkan Sekolah Menengah Arab Rimba yang bermula dari pusing keliling Kampung Rimba.

Jalan tersebut akan mula dibukakan kepada orang ramai pada 1 Januari 2020 (sila rujuk pelan jalan baru).

Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan ingin mengingatkan kepada pengguna-pengguna jalan raya khususnya yang tinggal berhampiran di kawasan tersebut supaya akan sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan sekolah berkenaan di samping mematuhi papan tanda jalan raya dan papan tanda keselamatan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak Jabatan ini melalui Talian Darussalam: 123 atau Livechat: +6738333123, Facebook: Jabatan Kerja Raya, Negara Brunei Darussalam dan e-mel: pro@pwd.gov.bn.

Attachments