Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Pencerapan anak bulan Syawal 1441 Hijrah

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Pencerapan anak bulan Syawal 1441 Hijrah.JPG

HADIR semasa pencerapan anak bulan Syawal di Bangunan Ibu Pejabat DST ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

TUNGKU, Sabtu, 23 Mei. – Hakim-hakim Syarie serta beberapa orang pegawai dari Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Mufti Kerajaan dan Jabatan Perdana Menteri bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah menjalankan pencerapan anak bulan Syawal 1441 Hijrah di beberapa buah lokasi iaitu Bangunan Ibu Pejabat DST, Bukit Agok dan Tanjong Batu di Daerah Brunei dan Muara, Bukit Ambok di Daerah Tutong dan Bukit Lumut di Daerah Belait.

Hadir semasa pencerapan di Bangunan Ibu Pejabat DST ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; dan Juruukur Agung di Jabatan Ukur, Awang Haji Arefin bin Haji Jaya.

2_Pencerapan anak bulan Syawal 1441 Hijrah.JPG

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin turut menghadiri pencerapan anak bulan Syawal di Bangunan Ibu Pejabat DST.

3_Pencerapan anak bulan Syawal 1441 Hijrah.JPG

4_Pencerapan anak bulan Syawal 1441 Hijrah.JPG

SUASANA pencerapan anak bulan Syawal di Bangunan Ibu Pejabat DST.

Berikutan anak bulan Syawal telah sabit kelihatan hasil daripada merukyah anak bulan yang dilakukan di beberapa lokasi di negara ini, umat Islam di Negara Brunei Darussalam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad, 1 Syawal 1441 Hijrah bersamaan 24 Mei 2020 Masihi.

Attachments