Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2021

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2021.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa melancarkan Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2021.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 Jun. – Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2021 (MKK 2021), Jabatan Kerja Raya telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku tetamu kehormat di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

MKK 2021 ini adalah Minggu Keselamatan dan Kesihatan yang kali ketiga dianjurkan oleh Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya dan merupakan salah satu pelan tindakan Jabatan untuk mempertingkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja termasuk tapak-tapak pembinaan.

Ia diadakan bersempena Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja atau "World Day for Safety and Health at Work" yang disambut pada 28 April setiap tahun.

Antara objektif MKK 2021 ialah untuk meningkatkan kesedaran kepada kakitangan dan pekerja-pekerja terhadap kepentingan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja dan di tapak-tapak pembinaan; meningkatkan tahap kesihatan dan keselamatan di tempat kerja; dan mengurangkan kes kemalangan dan mengelakkan kejadian bahaya di tempat kerja.

MKK 2021 ini diadakan selama empat hari yang bermula pada 7 Jun sehingga 10 Jun 2021. Di antara program semasa MKK 2021 ini ialah sesi taklimat, pameran berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan di tapak pembinaan, kempen darah serta kempen kebersihan.

Sebanyak lapan tajuk taklimat yang berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan disampaikan oleh penceramah-penceramah dari dalam dan luar negeri. Sekitar 120 orang peserta yang terdiri dari pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya serta wakil-wakil syarikat dan juga pihak swasta turut hadir ke sesi taklimat berkenaan.

Pameran-pameran berkenaan, yang juga dibukakan kepada orang ramai selama tiga hari bermula 7 Jun sehingga 9 Jun 2021, disertai oleh jabatan-jabatan di bawah Jabatan Kerja Raya, syarikat-syarikat swasta yang menyediakan latihan-latihan keselamatan dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.

2_Pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2021.jpg

3_Pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2021.jpg

4_Pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2021.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa melawat beberapa tapak pameran.

Turut hadir di majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat FDr. Ar Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abd Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kolonel (B) Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Awang Haji Md. Salleh bin Haji Abdul Karim, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan kerajaan daripada Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

6_Pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2021.jpg

SESI bergambar ramai bersama peserta Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2021 yang hadir pada majlis perasmian.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya.

Attachments