Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Perletakan batu asas projek pembinaan semula Sekolah Menengah Sultan Hassan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Perletakan batu asas projek pembinaan semula Sekolah Menengah Sultan Hassan.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan dan Yang Berhormat Menteri Pendidikan selaku tetamu kehormat bersama pada Majlis Perletakan Batu Asas bagi Bangunan Baharu Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar yang terletak di Kampung Batu Apoi, Mukim Batu Apoi.

TEMBURONG, Sabtu, 26 Jun. – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet telah mengadakan Majlis Perletakan Batu Asas bagi Bangunan Baharu Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar di tapak pembinaan seluas 15.4189 ekar yang terletak di Kampong Batu Apoi, Mukim Batu Apoi pada pagi ini.

Hadir selaku tetamu kehormat bersama bagi menyempurnakan majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar, dan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran Bin Haji Sabtu.

3_Perletakan batu asas projek pembinaan semula Sekolah Menengah Sultan Hassan.jpg

YANG Mulia Timbalan Menteri Pembangunan dan Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan semasa Majlis Perletakan Batu Asas bagi Bangunan Baharu Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar.

4_Perletakan batu asas projek pembinaan semula Sekolah Menengah Sultan Hassan.jpg

SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan semasa Majlis Perletakan Batu Asas bagi Bangunan Baharu Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar.

Projek ini adalah selaras dengan rancangan jangka panjang Kementerian Pendidikan dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang lebih kondusif dan berkualiti melalui pelan Rancangan Kemajuan Negara ke-11.

Projek yang bernilai $16.3 juta ini mula dilaksanakan pada 16 Februari 2021 dan dijangka siap pada 15 Mei 2022.

5_Perletakan batu asas projek pembinaan semula Sekolah Menengah Sultan Hassan.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan dan Yang Berhormat Menteri Pendidikan selaku tetamu kehormat bersama ketika mendengarkan taklimat.

Pihak Kementerian Pendidikan telah mengamanahkan pengurusan projek tersebut kepada Jabatan Kemajuan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan dan telah melantik LCY Development Sdn. Bhd.  bagi melaksanakan projek berkenaan melalui kaedah "Design and Build".

Dengan reka bentuk yang berkonsepkan moden, bangunan sekolah ini akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti bilik-bilik darjah, makmal-makmal sains, bilik-bilik khas, bilik perpustakaan, surau, dewan serbaguna, dewan makan, kantin dan Blok Pentadbiran. Selain itu, sekolah ini juga akan dilengkapi dengan prasarana sukan seperti trek dan padang bolasepak.

6_Perletakan batu asas projek pembinaan semula Sekolah Menengah Sultan Hassan.jpg

SESI bergambar ramai.

Majlis juga dihadiri Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pembangunan dan Kementerian Pendidikan serta Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong, Penghulu Mukim Batu Apoi dan Pemangku Ketua Kampong Batu Apoi.

Sumber: Laman sesawang Kementerian Pendidikan.

Attachments