Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Ucapan tahniah

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

 Setinggi-tinggi tahniah v.5.png

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Julai. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 16 orang penerima sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-75 Tahun di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Antara penerimanya ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria yang dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.).

Seluruh warga Kementerian Pembangunan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pengurniaan tersebut.

Attachments