Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Munajat, membaca Surah Yasin dan tahlil

​Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Majlis Munajat, membaca Surah Yasin dan tahlil.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir ke Majlis Munajat, Membaca Surah Yasin dan Tahlil yang diadakan di Surau Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Julai. – Divisyen Pengurusan Korporat, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan, Jabatan Perkhidmatan Teknikal, dan Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya hari ini mengadakan Majlis Munajat, Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Bulan Julai 2022.

Hadir ke majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Ketua-Ketua Jabatan, Divisyen dan Unit, serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Majlis yang diadakan secara fizikal di Surau Kementerian Pembangunan ini juga disertai oleh warga Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya secara maya.

2_Majlis Munajat, membaca Surah Yasin dan tahlil.JPG3_Majlis Munajat, membaca Surah Yasin dan tahlil.JPG

4_Majlis Munajat, membaca Surah Yasin dan tahlil.JPG

PEGAWAI-PEGAWAI dan kakitangan Kementerian Pembangunan yang hadir semasa majlis ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum bacaan Surah Yasin dan tahlil beramai-ramai serta Doa Munajat bagi memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar terhindar daripada bala bencana serta penyakit berbahaya.

Majlis disusuli dengan bacaan doa memohon terhindar dari wabak COVID-19 sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keugamaan bulanan Kementerian Pembangunan yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan dan divisyen di kementerian ini secara bergilir-gilir.

Attachments