Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Awal tahun Hijrah 1444 diraikan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Awal tahun Hijrah 1444 diraikan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 yang diselajurkan dengan Majlis Doa Selamat Bagi Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahya Yang Kembali Dari Menunaikan Fardhu Haji Bagi Tahun 1443H/2022M.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Ogos. – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 yang diselajurkan dengan Majlis Doa Selamat Bagi Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahya Yang Kembali Dari Menunaikan Fardhu Haji Bagi Tahun 1443H/2022M. Majlis ini diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan.

3_Awal tahun Hijrah 1444 diraikan.JPG

4_Awal tahun Hijrah 1444 diraikan.JPG

SEBAHAGIAN daripada para jemputan yang hadir.

Majlis diserikan dengan ceramah keagamaan bertajuk 'Menjana Insan Bertaqwa dan Berintegriti Melalui Penghayatan Peristiwa Hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam' yang disampaikan oleh penceramah undangan, Dekan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Ustaz Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

2_Awal tahun Hijrah 1444 diraikan.JPG

CERAMAH khas disampaikan oleh penceramah undangan, Dekan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Ustaz Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan persembahan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada para jemaah haji warga Kementerian Pembangunan yang baru kembali dari menunaikan Fardhu Haji bagi tahun 1443H/2022M.

5_Awal tahun Hijrah 1444 diraikan.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan menabur bunga rampai kepada para jemaah haji yang baru kembali dari menunaikan Fardhu Haji bagi tahun 1443H/2022M.

Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman, serta penghayatan peristiwa mengenai peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan.

Attachments