Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan sertai Malam Munajat khas wanita

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan sertai Malam Munajat khas wanita.JPG

WARGA Kementerian Pembangunan menyertai Malam Munajat Khas Wanita secara maya dari Surau Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 September. – Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama kali ke-52 diadakan malam tadi dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan, Kementerian Pembangunan. Acara tersebut merupakan kali ke-empat seumpamanya dianjurkan khas untuk wanita.

Kaum wanita tidak terkecuali menanai tanggungjawab dalam sama-sama membendung wabak COVID-19 di negara ini dengan menyaksikan penyertaan daripada pimpinan kalangan warga kerja wanita dan juga Kumpulan-Kumpulan Muslimah Masjid-Masjid.

Jemaah wanita menyahut seruan untuk melaksanakan amalan-amalan kerohanian dengan bermunajat, beristighfar, membaca Surah Yasin serta berzikir memuji keagungan Allah dan merafa'kan doa beramai-ramai secara serentak semoga rakyat dan Negara Brunei Darussalam sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala, serta dijauhi daripada sebarang musibah yang tidak diingini.

3_Kementerian Pembangunan sertai Malam Munajat khas wanita.JPG

SEBAHAGIAN daripada warga Kementerian Pembangunan yang hadir.

Acara Malam Munajat secara maya dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-Undang), Jabatan Perdana Menteri, Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohammed Taib, bersama pegawai-pegawai wanita di bawah Jabatan Perdana Menteri dari Masjid Ash-Shaliheen.

Ini diikuti dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri: Pengiran Datin Shazainah binti Pengiran Dato Paduka Shariffuddin, Pengiran Norhashimah binti Pengiran Mohd Hassan, dan Dayang Hajah Johariah binti Haji Abdul Wahab, dari Bilik Sepakat 1, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Bagi memohon keampunan dan perlindungan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar Negara Brunei Darussalam terhindar dari segala bala bencana serta penyakit merbahaya termasuk COVID-19, Doa Munajat dibacakan oleh Pegawai Istinbat Kanan, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Dayang Hajah Siti Khadizah binti Haji Emran.

Menyerikan lagi acara ialah penyampaian tazkirah bertajuk 'Jadilah Wanita yang Dirindui Syurga' oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pejabat Unit Da'wah Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Nurhuwaina binti Mamud.

Setelah itu, bacaan Asma'ul Husna dipimpin oleh Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, bersama para pegawai dan kakitangan wanita dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya dari Surau Kementerian Pembangunan.

2_Kementerian Pembangunan sertai Malam Munajat khas wanita.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak hadir ke acara Malam Munajat Khas Wanita di Surau Kementerian Pembangunan.

Bagi memberkati acara, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Ugama, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Hajah Surinah/Tini binti Haji Shamsuddin.

4_Kementerian Pembangunan sertai Malam Munajat khas wanita.JPG

WARGA Kementerian Pembangunan yang hadir ke acara Malam Munajat Khas Wanita semasa sesi bergambar ramai.

Dalam usaha bersama membendung penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Ugama secara berterusan mengalu-alukan orang ramai bersama keluarga masing-masing ikut serta acara Munajat pada setiap hari Sabtu (malam Ahad) secara maya dari kediaman masing-masing.

Sumber: Siaran Akhbar Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Attachments