Oleh: Kementerian Pembangunan | Oleh: Kementerian Pembagunan
PASUKAN Kementerian Pembangunan memasuki Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Februari. – Acara Kemuncak Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-40 telah diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah yang disertai oleh peserta-peserta mewakili pelbagai sektor dan agensi di negara ini, termasuk para pelajar sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab dan institusi-institusi pengajian tinggi.
Kementerian Pembangunan selaku sebuah agensi kerajaan yang meneraju pembangunan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan asas negara juga tidak ketinggalan dalam menyertai perbarisan lalu, persembahan koir dan 'human-led' pada upacara perhimpunan agung berkenaan.
Pasukan Kementerian Pembangunan diketuai oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.
SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan mengetuai pasukan Kementerian Pembangunan.
WARGA Kementerian Pembangunan yang menyertai perbarisan lalu.
WARGA Kementerian Pembangunan yang menyertai persembahan koir.
WARGA Kementerian Pembangunan yang menyertai persembahan 'human-led'.
Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan pada tahun ini bertemakan 'Bersatu Mencapai Cita Negara'.