Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Lebih 200 orang sertai kempen kebersihan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

3_Lebih 200 orang sertai kempen kebersihan.JPG

KEMPEN Kebersihan disertai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

KAMPONG SUNGAI BULOH, Sabtu, 28 September. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Kempen Kebersihan bagi menyokong inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK) dalam memastikan Negara Brunei Darussalam bersih dan bebas daripada pencemaran.

Usaha pembersihan yang dijalankan tertumpu di kawasan Simpang 791, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Sungai Buloh di Daerah Brunei dan Muara.

2_Lebih 200 orang sertai kempen kebersihan.JPG

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub selaku tetamu kehormat turut menyertai Kempen Kebersihan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyertai kerja-kerja dalam Kempen Kebersihan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub.

Acara ini bermula dengan sesi pemanasan badan di Pusat Kemasyarakatan Kampong Mentiri sebelum beredar ke lokasi Kempen Kebersihan.

Objektif kempen ini ialah untuk memberi kesan positif dan menerapkan nilai rasa tanggungjawab kepada komuniti bagi amalan kebersihan kampung-kampung dan kawasan persekitaran disamping menggalakkan ahli komuniti untuk bersama-sama, memupuk rasa perpaduan dalam lokaliti warga kampung bagi menangani isu kebersihan.

4_Lebih 200 orang sertai kempen kebersihan.JPG

SESI menimbang sampah di akhir kempen berkenaan.

Kempen yang disertai oleh lebih kurang 220 orang itu telah mengumpulkan sejumlah 1,419.5 kilogram sampah di akhir kempen berkenaan.

1_Lebih 200 orang sertai kempen kebersihan.JPG

SESI bergambar ramai tetamu kehormat, jemputan-jemputan khas dan para peserta kempen.

Turut menyertai Kempen Kebersihan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh; Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri; warga Kementerian Pembangunan, penghulu dan ketua-ketua kampung, dan penduduk setempat.

Attachments