Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Menandatangani "Variation Agreement"

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE)

1_Majlis Menandatangani Variation Agreement.JPG

MAJLIS Menandatangani "Variation Agreement" di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Utamacon (B) Sdn Bhd bagi Projek "Quantity Surveying Consultancy Services in Drafting of Request for Proposal Document to Invest, Design, Develop and Operate Waste Incineration Plant in Brunei Darussalam". (Gambar serahan JASTRE)

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Februari. – Majlis Menandatangani "Variation Agreement" di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Utamacon (B) Sdn Bhd bagi Projek "Quantity Surveying Consultancy Services in Drafting of Request for Proposal Document to Invest, Design, Develop and Operate Waste Incineration Plant in Brunei Darussalam" telah diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, hari ini.

Menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, dan Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Dayang Hajah Martinah binti Haji Tamit.

Manakala, menandatangani bagi pihak Utamacon (B) Sdn. Bhd. ialah Pengarah Urusan Utamacon (B) Sdn. Bhd., Sr. Awang Mohammad Shafie bin Haji Mohd Yusof, dan Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pengurusan Projek dan Program, Utamacon (B) Sdn. Bhd., Sr. Awang Mohamed Humdhan.

Majlis tersebut mencatatkan satu pencapaian penting dalam usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan sistem pengurusan sisa buangan di Negara Brunei Darussalam iaitu melalui penggunaan teknologi "waste-to-energy". Teknologi yang berkonsepkan "waste-to-resource" ini berupaya untuk menjana tenaga yang boleh diguna semula sebagai sumber elektrik daripada sisa buangan yang dilupuskan, dan secara langsung menyumbang ke arah hasrat negara untuk mencapai alam sekitar yang lestari dan masa hadapan yang berdaya tahan.

2_Majlis Menandatangani Variation Agreement.JPEG

ANTARA yang turut hadir. (Gambar serahan JASTRE)

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, dan pegawai-pegawai daripada Kementerian Pembangunan dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Sumber: Instagram Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Attachments