Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sesi muzakarah usaha menambah baik perkhidmatan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Sesi muzakarah usaha menambah baik perkhidmatan.jpg

SESI bergambar ramai Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah di Kementerian Pembangunan bersama penghulu mukim dan ketua kampung.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Februari. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan sesi muzakarah bersama penghulu-penghulu mukim serta ketua-ketua kampung bagi membincangkan isu-isu semasa dan bertukar-tukar pandangan dalam sama-sama membaiki serta menambah baik perkhidmatan yang sedia ada.

Hadir mengalu-alukan kehadiran penghulu-penghulu mukim dan ketua kampung ke sesi muzakarah tersebut ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

2_Sesi muzakarah usaha menambah baik perkhidmatan.jpg

SETIAUSAHA Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) mengalu-alukan kehadiran penghulu mukim dan ketua kampung.

Juga hadir ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, ketua-ketua jabatan serta divisyen di bawah Kementerian Pembangunan, dan wakil daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pejabat Daerah Brunei dan Muara.

3_Sesi muzakarah usaha menambah baik perkhidmatan.jpg 

ANTARA yang hadir

Objektif utama sesi muzakarah ini ialah untuk menilai semula dan menambahbaik perkhidmatan yang telah disediakan demi memastikan ia lebih responsif kepada keperluan rakyat. Selain itu, sesi ini juga bertujuan untuk mewujudkan satu platform untuk mengukuhkan lagi hubungan antara masyarakat bersama Kementerian Pembangunan.

Dalam ucapan alu-aluannya, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) menyatakan bahawa sesi muzakarah ini merupakan satu manifestasi komitmen bersama untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di bawah Kementerian Pembangunan. Tambah beliau, melalui sesi permuzakarahan seperti ini, pihak Kementerian akan dapat merangka inisiatif serta dasar-dasar yang lebih berkesan dalam menghadapi cabaran di masa depan.

Attachments