Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pelantikan Timbalan Setiausaha Tetap baharu

INFODEPT02-41.jpg

 TIMBALAN Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan yang baharu, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Februari. – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Pengarah Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan. Tarikh pelantikan pegawai tersebut berkuat kuasa mulai Khamis, 14 Syaaban 1446 bersamaan 13 Februari 2025.

Attachments