Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan sertai semarak kemerdekaan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan sertai semarak kemerdekaan.jpeg

2_Kementerian Pembangunan sertai semarak kemerdekaan.JPEG

WARGA Kementerian Pembangunan yang menyertai perbarisan dan persembahan padang.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Februari. – Acara kemuncak Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-41 berlangsung dengan penuh semangat patriotisme di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, melibatkan penyertaan dari pelbagai sektor dan agensi di negara ini. Antara yang mengambil bahagian termasuk pelajar sekolah menengah, maktab, serta institusi pengajian tinggi, yang bersama-sama meraikan detik bersejarah ini.

Sebagai sebuah agensi utama yang menerajui pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas negara, Kementerian Pembangunan tidak ketinggalan turut serta dalam perbarisan lalu serta persembahan padang, menzahirkan komitmennya dalam menyokong tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu “Bersatu Mencapai Cita Negara".

Pasukan perbarisan Kementerian Pembangunan diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh.

Attachments