Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Mei. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya, hari ini mengadakan Majlis Membaca Doa Selamat bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan serta Jabatan-Jabatan dibawahnya yang akan Menunaikan Ibadah Haji Bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ceramah khas bertajuk “Ahlan Wa Sahlan Duyuf Ar-Rahman" yang bermaksud “Selamat Datang Tetamu Ar-Rahman (Allah)" oleh Yang Mulia Ustaz Haji Awang Muhammad Najib bin Haji Awang, penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah.

CERAMAH khas disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Awang Muhammad Najib bin Haji Awang, penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah.
Seramai 27 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Majlis diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada bakal jemaah haji yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.


YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan menyampaikan sumbangan derma kepada bakal jemaah haji.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat bagi memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah subhanahu wa ta'ala agar seluruh bakal jemaah haji diberikan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang menjalankan ibadah haji.

SESI bergambar ramai bersama bakal jemaah haji dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohammad Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastuktur, Perumahaan dan Profesianal, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Ketua-Ketua Jabatan, Divisyen dan Unit serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan- jabatan di bawahnya.