Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat majlis.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 30 Jun. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya hari ini mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447. Majlis berlangsung di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Surah At Taubah ayat 17 hingga 22 oleh Pengawas Tingkat Khas, Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya, Awang Muhammad Aqil bin Haji Daud. Manakala intisari pengajaran dibacakan oleh Penolong Pegawai Projek Tingkat I, Kementerian Pembangunan, Dayang Zurainah binti Haji Awang Abdul Rahman.
Majlis diteruskan dengan ceramah khas sempena Sambutan Ilal Hijrah 1447 bertajuk “Menelusuri Ibrah Peristiwa Hijrah Dalam Mencapai Kecemerlangan" yang disampaikan oleh
Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Yang Mulia Ustaz Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin.
Majlis turut disemarakkan dengan alunan dikir marhaban dan doa kesyukuran bagi meraikan 20 orang jemaah haji yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang kembali ke tanah air baru-baru ini dari menunaikan ibadah haji.

SESI bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang baru kembali ke tanah air setelah menunaikan ibadah haji.
Turut hadir di majlis tersebut, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohammad Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.