Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

MENTERI PEMBANGUNAN, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Penyempurnaan Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan, Pingat Kerja Lama (P.K.L.).
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 Julai. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Penyempurnaan Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis berlangsung di Dewan Mawaddah, Setia Point, Berakas.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.
Seramai 134 penerima Pingat Kerja Lama diraikan pada majlis tersebut.


YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan menyampaikan pingat-pingat kehormatan, Pingat Kerja Lama kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan diteruskan dengan penyampaian Pingat Kerja Lama yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Norazmi bin Othman; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, serta para penerima yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.


ANTARA para penerima Pingat Kerja Lama.
Majlis ini merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan daripada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada warga perkhidmatan awam yang telah berkhidmat lebih dari 20 tahun atas jasa dan sumbangan bakti yang telah diberikan sepanjang mereka berkhidmat dengan kerajaan.

PENERIMA Pingat Kerja Lama daripada Kementerian Pembangunan.

PENERIMA Pingat Kerja Lama daripada Jabatan Kerja Raya.

PENERIMA Pingat Kerja Lama daripada Jabatan Tanah.

PENERIMA Pingat Kerja Lama daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

PENERIMA Pingat Kerja Lama daripada Jabatan Ukur.

PENERIMA Pingat Kerja Lama daripada Jabatan Kemajuan Perumahan.

PENERIMA Pingat Kerja Lama daripada Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.