Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan
%202025%20diteruskan.jpeg)
TAKLIMAT mengenai Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pembangunan dan Jabatan Tanah.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 Julai. – Kementerian Pembangunan meneruskan lagi siri taklimat pembarigaan mengenai Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 pada pagi ini bertempat di Jabatan Daerah Brunei Muara.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai perlaksanaan dan implikasi pindaan perintah berkenaan. Seramai lebih kurang 50 pegawai dan kakitangan dari Jabatan Daerah dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan menghadiri sesi tersebut.
%202025%20diteruskan.jpeg)
%202025%20diteruskan.jpeg)
SESI soal jawab turut diadakan setelah taklimat berkenaan.
Taklimat disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Pemangku Ketua Divisyen Guna Tanah, Perumahan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan, Dayang Nuruljannah binti Haji Alim; dan Pegawai Tanah Kanan daripada Jabatan Tanah, Dayang Amal Hayati binti Haji Junaidi.
Turut hadir semasa taklimat tersebut adalah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Salleh bin Haji Othman dan Yang Berhormat Awang Muhammad bin Abdullah; Timbalan Pengarah Imigresen, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Awang Haji Hairone bin Haji Abdul Rahman; Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad; penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dari keempat-empat daerah, ahli-ahli Jawatankuasa Unit LCAO 2025 serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Tanah.
%202025%20diteruskan.jpeg)
SESI bergambar ramai.