Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM, Sabtu, 31 Ogos. - ​Bagi menyambut dan menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallalahu 'Alaihi Wasallam. rombongan Kementerian Pembangunan meneruskan lagi Majlis Dikir di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada malam ini. Majlis berkenaan dianjurkan bersama oleh ahli jawatankuasa Takmir Masjid dan Muslimah Masjid Universiti berkenaan.


MENTERI PEMBANGUNAN, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid
hadir selaku ketua rombongan Kementerian Pembangunan.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Awang Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
.jpeg)
Rombongan Kementerian Pembangunan akan meneruskan lagi Majlis Dikir seumpamanya di Masjid Kg Kilanas pada 3 September 2025 sebelum melabuhkan tirai bagi acara kemuncak Sambutan Maulidur Rasul pada 6 September 2025.
.jpeg)
Sesi bergambar ramai rombongan Kementerian Pembangunan bersama ahli jawatankuasa Takmir
Masjid Universiti Brunei Darussalam.