Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1447 Hijrah

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi

4_Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1447.JPG

MAJLIS sambutan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (SAW) bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Selasa, 9 September. – Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (SAW) bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, hari ini. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

1_Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1447.JPG

SETIAUSAHA Tetap, Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak hadir selaku tetamu kehormat majlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan kemudian diteruskan dengan ceramah khas bertajuk “Lahirnya Cahaya, Rahmat Sekalian Alam" yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sallehuddin.

2_Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1447.JPG

CERAMAH khas sempena Maulud Nabi Muhammad SAW disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sallehuddin.

Majlis disemarakkan lagi dengan persembahan Dikir Marhaban yang diketuai oleh Awang Hifzhuddin bin Lamudin dan Awang Muhammad Hafiy bin Noorsam/Noorsyam, diikuti dengan bacaan selawat Tafrijiyyah. Majlis diakhiri dengan Doa Selamat.

3_Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1447.JPG

PERSEMBAHAN Dikir Marhaban dan bacaan selawat Tafrijiyyah.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, ketua-ketua jabatan, divisyen, unit serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan yang diadakan untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menyemarakkan syiar Islam dan memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga kementerian.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Attachments