Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir di Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 Oktober. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Majlis tersebut diadakan di Surau Kementerian Pembangunan.
Hadir ke majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.
Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit, serta para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

SEBAHAGIAN daripada para jemputan perempuan yang hadir.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Pengiran Muhammad Faizal Akhbar bin Pengiran Salleh, dan diikuti dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis ini adalah bertujuan untuk memperingati ulang tahun Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dengan merafakkan doa semoga Baginda dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah Subhanahu Wata'ala.