Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis menandatangani MoU, BoVEA dan IBTE

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Majlis menandatangani MoU, BoVEA dan IBTE.jpg

MAJLIS Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Penilai dan Ejen Harta Tanah, Negara Brunei Darussalam (BoVEA), Kementerian Pembangunan dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Kementerian Pendidikan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Oktober. – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Penilai dan Ejen Harta Tanah, Negara Brunei Darussalam (BoVEA), Kementerian Pembangunan dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Kementerian Pendidikan telah diadakan pada hari ini. Majlis berlangsung di Dewan Mutiara, Radisson Hotel, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat untuk menyaksikan penandatanganan MoU tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dipimpin oleh Pegawai Ugama, Kampus Nakhoda Ragam, IBTE, Yang Mulia Ustaz Haji Mohd Huzaimi bin Haji Tengah.

Menandatangani bagi mewakili pihak Kementerian Pembangunan disempurnakan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abd Razak, dan disaksikan oleh Pemangku Pesuruhjaya Tanah, Jabatan Tanah, Dayang Zainon binti Haji Abidin.

Sementara itu, menandatangani bagi pihak IBTE ialah Pengarah Pendidikan Teknik / Ketua Pegawai Eksekutif, Awang Dr. Haji Mohd. Zamri bin Haji Sabli, dan disaksikan oleh Pemangku Pengetua IBTE Pusat, Awang Armi Durani bin Haji Durhman.

Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan dokumen persefahaman dan diikuti dengan pertukaran cendera hati kenangan di antara kedua-dua belah pihak.

3_Majlis menandatangani MoU, BoVEA dan IBTE.jpg

PENYERAHAN dokumen persefahaman.

4_Majlis menandatangani MoU, BoVEA dan IBTE.jpg

PERTUKARAN cenderahati kenang-kenangan di antara kedua-dua belah pihak.

Memorandum persefahaman ini merupakan salah satu titik tolak bagi mengeratkan hubungan kerjasama di antara Kementerian Pembangunan dan IBTE yang telah lama terjalin sejak MoU pertama ditandatangani pada 5 Disember 2019.  Ia bertujuan untuk mempromosikan pembangunan sumber manusia berkualiti tinggi yang dapat memenuhi keperluan dan permintaan industri harta tanah di Negara Brunei Darussalam. Ini termasuklah kerjasama latihan, pemindahan ilmu dan perkongsian kepakaran, penempatan pelajar, pengiktirafan kelayakan dan sijil akademik teknikal, serta kerjasama berterusan dalam bidang-bidang berkaitan.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; ahli-ahli BoVEA, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan IBTE, Kementerian Pendidikan.

1_Majlis menandatangani MoU, BoVEA dan IBTE.JPG

SESI bergambar ramai.

Attachments