Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Fenomena bulan purnama terbesar ‘Supermoon’

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur | Selasa, 15 November 2016

Ukur 5.jpg 

 SALAH seorang pengunjung sedang menyaksikan fenomena 'Supermoon' menggunakan teleskop.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 November. – Orang ramai di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena bulan purnama terbesar yang juga dikenali sebagai 'Supermoon'.

Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah menyediakan beberapa buah teleskop di kawasan Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan bagi kemudahan orang ramai agar dapat melihat fenomena ini dengan lebih jelas.

Semasa fenomena 'Supermoon', bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah manakala kedudukannya adalah yang paling dekat dengan bumi. Fenomena ini berlangsung selama 2 jam 30 minit iaitu bermula pada jam 7.24 malam sehingga 9.54 malam.

Fenomena seumpama ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015. Kejadian kali ini merupakan 'Supermoon' yang terbesar dan ia dijangka berlaku lagi pada tahun 2034.

Attachments