Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Dikir Syarafil Anam mula bergema

Oleh: Berita dan Foto: Mohammad Azmi Awang Damit | Khamis, 01 Disember 2016

 d193add08bfaf5173150286ccb9ad2ac_XL.jpg

HADIR bagi sama-sama menyemarakkan Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW anjuran Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 November. – Dalam usaha untuk memupuk rasa kecintaan kepada Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah malam ini telah mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam.

Hadir bagi sama-sama menyemarakkan Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam anjuran Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap; Timbalan Setiausaha Tetap; Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan; pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Bacaan Dikir Syarafil Anam telah dikepalai oleh Pemangku Pegawai Ugama Kanan Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah, Ustaz Haji Haris bin Haji Suboh.

Manakala bacaan Doa Dikir dibacakan oleh Mudim Awang Haji Abdul Latif bin Haji Saman, sementara Doa Selamat pula dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mat Jaya bin Haji Ibrahim.

301116_DIKIR_AZMI-5.jpg

ANTARA pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta jabatan dibawahnya yang hadir semasa Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W anjuran Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah.

Majlis turut diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah.

Antara lain majlis bertujuan bagi memakmurkan masjid, di samping memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan jemaah serta penduduk sekitar dengan pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan.

Umat Islam di seluruh dunia memperingati hari kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang dikenali sebagai Maulidur Rasul yang disambut atau diraikan pada setiap 12 Rabiulawal tahun Hijrah.

Umat Islam di Negara Brunei Darussalam juga tidak ketinggalan memperingati kelahiran Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dengan pelbagai acara keagamaan seperti Majlis Dikir Syarafil Anam selama 12 malam berturut-turut di masjid-masjid seluruh negara, majlis ceramah agama dengan acara kemuncak Perarakan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam peringkat negara.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments