Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis keagamaan semarak sambutan Hari Air Sedunia 2018

Oleh: Dk. Siti Redzaimi Pg. Hj Ahmad | Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Hj Mohd Ali

Sambutan Hari Air Sedunia 2018.jpg 

Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa hadir pada Majlis tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Mac. – Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran, Tahlil dan Doa Arwah Sempena Hari Air Sedunia 2018 yang berlangsung di Masjid Ash-Saliheen.

Majlis dihadiri Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat.

Turut hadir Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; dan Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan disusuli sembahyang Sunat Hajat yang dipimpin oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen, Awang Mohammad Syariff Wafiuddin bin Jemain dan seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah bagi mengingati pegawai dan kakitangan jabatan yang telah kembali kerahmatullah.

Bagi memberkati sambutan Hari Air Sedunia 2018, Doa Kesyukuran dibacakan juga oleh imam masjid berkenaan dan diakhiri dengan sembahyang Fardu Isya' berjemaah.

Majlis sempena Hari Air Sedunia yang disambut di Negara Brunei Darussalam sebagai satu cara untuk menumpukan perhatian mengenai kepentingan air dan menyokong dalam pengurusan sumber air yang mampan.

Ia adalah hari untuk kita memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kesedaran mengenai sumber air dalam kegunaan harian kita.

Tema pada tahun ini ialah 'Nature for Water', meneroka penggunaan alam semula jadi sebagai kaedah dalam menangani pelbagai masalah air pada abad ini.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments