Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Warga Kementerian Pembangunan diraikan di Majlis Khatam

Berita dan Foto: Mohamad Azmi Awang Damit

1_Majlis Khatam Al-Quran 1439H.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa hadir di Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Berbuka Puasa Kementerian Pembangunan di Masjid Kampung Bengkurong.

BENGKURONG, Sabtu, 9 Jun. – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Berbuka Puasa di Masjid Kampung Bengkurong.

Hadir di majlis berkenaan, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan wakaf berupa satu unit 'water jet' dan satu unit 'water dispenser' bagi keperluan masjid tersebut yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

2_Majlis Khatam Al-Quran 1439H.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyerahkan wakaf berupa satu unit 'water jet' dan satu unit 'water dispenser' di Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Berbuka Puasa Kementerian Pembangunan di Masjid Kampung Bengkurong.

Acara diteruskan dengan Khatam Al-Quran yang dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dikepalai oleh Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis kemudiannya diserikan dengan bacaan Tahlil diikuti dengan acara berbuka puasa serta Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Kampung Bengkurong.

Aktiviti keugamaan tahunan ini adalah merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan dalam meraih keberkatan di bulan Ramadan Al-Mubarak.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments