Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pertandingan Poster Setiap Hari Tanpa Beg Plastik dibukakan

Siaran Akhbar: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi

1_No Plastic Day Everyday Poster Competition.PNG

2_No Plastic Day Everyday Poster Competition.PNG

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 Februari. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi kini membukakan penyertaan kepada orang ramai yang ingin menyertai Pertandingan Poster Setiap Hari Tanpa Beg Plastik. Pertandingan dengan slogan "It takes a nation to end plastic pollution" dibukakan penyertaannya sehingga 28 Mac 2019.

Inisiatif Hujung Minggu Tanpa Beg Plastik mula dilancarkan pada 26 Mac 2011 di mana kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan yang ikut serta tidak lagi memberikan beg plastik kepada pembeli-pembeli pada setiap hari Sabtu dan Ahad dalam usaha untuk menggalakkan amalan konsep 3R (Reduce, Reuse, Recyle), mengurangkan pencemaran plastik dan memupuk tabiat hijau dan mampan dalam kalangan masyarakat. Hari Jumaat kemudian ditambah kepada inisiatif pada 17 Februari 2012 menyempurnakan hujung minggu yang "hijau".

Pada tahun 2018, inisiatif tersebut dilaratkan lagi kepada setiap hari dalam seminggu menjadikannya Inisiatif Setiap Hari Tanpa Beg Plastik. Hari Khamis ditambah bersempena Sambutan Hari Bumi pada 19 April 2018, sesuai dengan tema "End Plastic Pollution"; hari Rabu ditambah pada 11 Julai 2018; hari Selasa pada 2 Oktober 2018 dan akhirnya hari Isnin ditambah pada 31 Disember 2018, dalam mencapai matlamat kerajaan ke arah Setiap Hari Tanpa Beg Plastik menjelang 1 Januari 2019.

Objektif pertandingan Poster Setiap Hari Tanpa Beg Plastik ini ialah untuk membarigakan lagi Inisiatif Setiap Hari Tanpa Beg Plastik kepada khalayak ramai serta mencari reka bentuk poster baharu bagi poster rasmi inisiatif.

Pertandingan dibukakan kepada kategori-kategori seperti berikut: Kategori Junior: Penuntut Sekolah Rendah i.e Tahun 1 – Tahun 6; Kategori Intermediate: Penuntut Sekolah Menengah i.e Tahun 7 – Tahun 11; Kategori Open: Terbuka kepada semua penduduk Negara Brunei Darussalam.

Peserta pertandingan akan berpeluang untuk memenangi baucer hadiah bernilai sehingga BND200 bagi Kategori Junior, BND400 bagi Kategori Intermediate dan bagi Kategori Open bernilai sehingga BND600.

Borang Penyertaan dan butiran lanjut mengenai Pertandingan Poster Setiap Hari Tanpa Beg Plastik boleh dimuat turun dari laman sesawang 'www.env.gov.bn'.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak jabatan melalui akaun Instagram '@jastre.bn', e-mel 'NPBEposter@gmail.com' atau melalui talian +673 2241262 sambungan 408 / 410.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments