Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Khatam Al-Quran 35 Kali Sempena HK35

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Majlis Khatam Al-Quran 35 Kali Sempena HK35.jpg

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin hadir selaku tetamu kehormat majlis.

SERIA, Sabtu, 9 Mac. – Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin telah hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran 35 Kali sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35 Tahun 2019 yang diadakan di Masjid Pekan Seria, Daerah Belait.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan diteruskan dengan bacaan Khatam Al-Quran bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga Al-Massad diikuti dengan bacaan Takhtim Al-Quran oleh seramai 228 peserta khatam yang mewakili jabatan-jabatan kerajaan, persatuan, Ahli Takmir Masjid, kampus dan sekolah-sekolah kerajaan.

Bacaan Doa Khatam disempurnakan oleh peserta khatam dan pelajar IBTE Kampus Sultan Bolkiah, Awang Muhammad Hafizul bin Muhammad Zini.

Turut menyerikan majlis ialah persembahan Dikir Marhaban yang dibawakan oleh Takmir Masjid Kampung Pandan, Kuala Belait.

3_Majlis Khatam Al-Quran 35 Kali Sempena HK35.jpg

TETAMU kehormat majlis menyampaikan bunga telur kepada para peserta khatam.

Sementara itu, bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Selamatkan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Zon 2, Awang Haji Aminnorddin bin Haji Muhd. Yusuf.

Majlis yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama ini turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; Pemangku Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Abdul Hazis bin Haji Ahad; serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

2_Majlis Khatam Al-Quran 35 Kali Sempena HK35.jpg

4_Majlis Khatam Al-Quran 35 Kali Sempena HK35.jpg

ANTARA pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang turut hadir semasa majlis berkenaan.

Attachments