Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis membaca Yasin dan tahlil

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Majlis Membaca Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja 1440 H.jpeg

MAJLIS Membaca Yasin dan Bertahlil di Kubah Makam Diraja dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 Mei. – Rombongan kira-kira 300 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Rombongan ini diketuai oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Surah Yasin beramai-ramai, diikuti dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampong Pintu Malim, Yang Mulia Awang Haji Mohd Azrol Alim bin Haji Zaini.

Majlis seumpama ini adalah sebahagian daripada kegiatan keagamaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Attachments