Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Local Business Development Circular dilancarkan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

4_Local Business Development Circular dilancarkan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa melancarkan Local Business Development (LBD) Circular Kementerian Pembangunan. (Kredit foto: James Kon)

BERAKAS, Sabtu, 23 November. – Kementerian Pembangunan melalui Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Local Business Development (LBD) Circular di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis pelancaran bermula dengan kata-kata aluan oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria yang menekankan kepada syarikat-syarikat yang menyertai projek Kerajaan hendaklah berusaha untuk mencapai semua keperluan pembangunan perniagaan tempatan yang dinyatakan dalam kontrak. Manakala Jabatan/Divisyen di bawah Kementerian Pembangunan perlu mengenalpasti dan melaksanakan inisiatif LBD sepanjang peringkat pelaksanaan projek iaitu pada permulaan/pra-rekabentuk, reka bentuk, tawaran, pembinaan dan kesiapan bagi memenuhi kehendak LBD Circular ini. Jabatan/Divisyen pelaksana dikehendaki mengenal pasti kriteria dan skop projek tersebut untuk memasukkan penglibatan syarikat, produk dan perkhidmatan tempatan serta menggalakkan pekerjaan tempatan sebanyak mungkin dalam sesebuah projek.

2_Local Business Development Circular dilancarkan.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria semasa menyampaikan kata-kata aluan.

Beliau menambah bagi mencapai sasaran seperti yang dinyatakan dalam Circular secara progresif menjelang Disember 2023 nanti, pihak ABCi akan menjalankan beberapa program pemberigaan dan perbincangan dengan jabatan-jabatan pelaksana secara berterusan untuk memastikan keberkesanan implementasi inisiatif ini.

Dalam ucapan perasmian Yang Berhormat Menteri Pembangunan, Yang Berhormat menyatakan LBD Circular ini diperkenalkan adalah sejajar dengan usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memastikan pembangunan yang mampan bagi kapasiti, keupayaan, kompetensi dan daya saing syarikat tempatan dan juga bagi merealisasikan  perancangan strategik Kementerian Pembangunan dalam menyokong pembangunan perniagaan tempatan sebagai tonggak pertumbuhan dalam industri pembinaan.

3_Local Business Development Circular dilancarkan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa memberikan ucapan perasmian Local Business Development (LBD) Circular Kementerian Pembangunan.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan menambah dalam menerajui pembangunan infrastruktur fizikal dan sosial negara, kementerian ini juga menyedari kepentingan untuk memberi fokus kepada beberapa aspek seperti pembangunan perniagaan tempatan demi menghasilkan pembangunan negara yang seimbang bagi kesejahteraan rakyat dan negara. Beliau menyatakan LBD Circular Kementerian Pembangunan ini memberikan tumpuan  kepada tiga bidang strategik utama iaitu pertama, pemilikan dan pembangunan syarikat tempatan (local ownership), kedua, penggunaan barangan dan perkhidmatan tempatan (iaitu local content) dan ketiga, peluang pekerjaan  untuk  anak-anak tempatan (local employment).

Dalam memastikan perlaksanaan LBD dijalankan dengan efektif serta progresif, Yang Berhormat Menteri Pembangunan memaklumkan bahawa pihak kementerian akan menubuhkan satu unit khas iaitu Unit LBD di bawah ABCi. Unit ini akan diberikan tanggungjawab bagi menyelaras perlaksanaan, pemantauan dan peningkatan LBD di bawah Kementerian Pembangunan. Unit ini juga akan memastikan kemajuan LBD dirancang oleh Jabatan/Divisyen pelaksana mengikut circular yang telah ditetapkan dan memantau peningkatan pengambilan pekerja tempatan dalam industri pembinaan secara keseluruhan.

Yang Berhormat Menteri Pambangunan turut menekankan perlaksanaan program-program LBD ini selaras dengan strategi ke lima dalam Wawasan 2035 iaitu pembangunan perniagaan tempatan.

1_Local Business Development Circular dilancarkan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa sesi bergambar ramai bersama para jemputan khas dan ahli-ahli jawatankuasa Majlis Perasmian Local Business Development (LBD) Circular Kementerian Pembangunan.

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Pamangku Ketua ABCi, Dayang Hajah Sarbiah binti Haji Burut selaku pengerusi majlis serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi bin Abdul Haadii dan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arsad selaku Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei.

Sumber: Siaran Akhbar Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan.

SURAT PEMBERITAHUAN

Attachments