Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penutupan sementara kaunter-kaunter perkhidmatan

Oleh: Siaran Akhbar Kementerian Pembangunan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 Mac. – Sebagai salah satu usaha mencegah dan membendung penularan wabak penyakit COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan atas saranan Kementerian Kesihatan untuk mengamalkan langkah penjarakkan sosial pada situasi masa kini, dengan ini Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya di keempat-empat daerah akan ditutup sementara mulai hari Sabtu, 21 Mac 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian bagi kerja-kerja pembersihan untuk dilaksanakan secara berperingkat.

Perkhidmatan kaunter di bawah Kementerian Pembangunan yang dimaksudkan adalah kesemua kaunter-kaunter perkhidmatan, termasuk kaunter pembayaran, pendaftaran, permohonan, dan pertanyaan di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kemajuan Perumahan, Jabatan Ukur, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Tanah, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi).

Bagi pembayaran bil seperti bil air, para pelanggan adalah disarankan untuk membuat pembayaran melalui bank masing-masing secara dalam talian (online), aplikasi mudah alih atau mesin cash deposit (CDM) manakala pembayaran rumah di bawah Jabatan Kemajuan Perumahan boleh dibuat melalui One Common Billing System (OCBS).

Sebarang pertanyaan dan aduan, orang ramai adalah dinasihatkan untuk menghubungi Talian Darussalam 123 atau melalui e-mel info@mod.gov.bn.

Kerjasama dan pertimbangan semua adalah sangat diharapkan dalam sama-sama mengurangkan interaksi sosial demi membendung wabak ini dari terus merebak.

Attachments