Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Merukyah anak bulan Ramadhan 1441 Hijrah

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Merukyah anak bulan Ramadhan 1441 Hijrah.JPG

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin hadir pada sesi rukyah anak bulan Ramadhan 1441 Hijrah.

TUNGKU, Khamis, 23 April. – Beberapa orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah melakukan aktiviti pencerapan bagi merukyah anak bulan Ramadhan 1441 Hijrah di beberapa buah lokasi di negara ini pada lewat petang tadi.

Di Daerah Brunei dan Muara, Menara Bangunan Ibu Pejabat DST, Tanjong Batu dan Bukit Agok digunakan sebagai tempat merukyah anak bulan Ramadhan, sementara Bukit Amboq di Daerah Tutong dan Bukit Lumut di Daerah Belait.

3_Merukyah anak bulan Ramadhan 1441 Hijrah.JPG

2_Merukyah anak bulan Ramadhan 1441 Hijrah.JPG

PENGLIHATAN anak bulan yang dibuat di Menara Bangunan Ibu Pejabat DST, Tungku.

Hadir pada aktiviti pencerapan di Menara Bangunan Ibu Pejabat DST ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Pencerapan anak bulan Ramadhan di lokasi ini turut dilaksanakan oleh para pegawai dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Berikutan anak bulan Ramadhan tidak sabit kelihatan, maka 1 Ramadhan 1441 Hijrah jatuh pada hari Sabtu, 25 April 2020.

Attachments