Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Penandatanganan Kontrak dan Persetujuan Perlantikan Konsultan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Kerja Raya

1_Majlis Penandatanganan Kontrak dan Persetujuan Perlantikan Konsultan.JPG

2_Majlis Penandatanganan Kontrak dan Persetujuan Perlantikan Konsultan.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa menyerahkan projek yang ditandatangani.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 30 November. – Sebanyak 17 projek Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ditandatangani manakala 7 konsultan dilantik pada Majlis Penandatanganan Kontrak dan Persetujuan Pelantikan Konsultan bagi Projek-projek Di Bawah Kendalian Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan yang berlangsung di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Hadir selaku tetamu kehormat ke majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar.

Nama projek-projek yang ditandatangani berserta keterangannya adalah seperti berikut:

1.       MENAIKTARAF DAN PENGUBAHSUAIAN STADIUM NEGARA HASSANAL BOLKIAH, BERAKAS – FASA 2

Kontraktor: LCY Development Sdn Bhd

Harga Kontrak: $17,557,154.00

Tempoh Projek: 18 bulan

Objektif Projek: Menaiktaraf fasiliti stadium yang sedia ada, termasuk menyediakan kemudahan bagi orang kelainan upaya (berkerusi roda). Menaiktaraf ini juga melibatkan menukar ruang dibawah menjadi ruang serbaguna sebagai kawasan latihan, acara, pameran, ruang galeri, ruang majlis dan ruang penonton. Selain dari itu, projek ini juga memperkenalkan tujuan menjana pendapatan baru dari kawasan latihan, ruang majlis, pameran dan galeri di Youth Hub, kawasan rekreasi dan Sports Medicine and Research Centre (SMRC). Projek ini juga memanfaatkan dan memaksimakan penggunaan ruang dan stadium (dalaman dan luaran) bagi kegunaan awam dan swasta setiap hari.

 

2.       MEMBINA BANGUNAN BARU UNIT PERLINDUNGAN KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN, KKBS

Kontraktor: Salsadil Sdn Bhd

Harga Kontrak: $1,798,512.85

Tempoh Projek: 13 bulan

Objektif Projek: Mendirikan kompleks yang baru bagi kanak-kanak dan keluarga yang dilindungi dibawah Undang-Undang di Negara Brunei Darussalam sebelah kompleks Rumah Kebajikan di Kampung Belimbing. Kemudahan baru ini dirangkumi bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 80 orang. Setiap blok Lelaki dan Perempuan akan menampilkan kemudahan asas kediaman yang berfungsi sepenuhnya. Kompleks ini juga akan mempunyai ruang serbaguna dan bilik terapi.

 

3.       MEMBINA KOLAM PENAHANAN BANJIR DAERAH TUTONG FASA 1

Kontraktor: Pro-Builder Sdn Bhd

Harga Kontrak: $6,078,888.00

Tempoh Projek: 24 bulan

Objektif Projek: Mengurangkan impak banjir di kawasan yang rendah yang telah dikenalpasti sering terjejas dengan kejadian banjir di sebelah hilir, di dalam kawasan dataran banjir Sungai Tutong seperti Kampong Lubok Pulau, Kampong Liulon, Kampong Bukit Nibong, Kampong Penulud, Kampong Tanjong Maya, Kampong Sibakit sekaligus mengurangkan impak dari segi kerosakan harta benda dan meningkatkan keselamatan penduduk-penduduk yang tinggal di persekitaran terutama ketika air pasang dan hujan yang berintensiti tinggi.

 

4.       MENAIKTARAF SUNGAI UTAMA DAN ANAK-ANAK SUNGAI – KERJA-KERJA PEMBAIKAN DINDING SUNGAI MENGLAIT

Kontraktor: Foundation Contractor & Engineering Sdn Bhd

Harga Kontrak: $1,673,773.00

Tempoh Projek: 18 bulan

Objektif Projek: Mengelakkan hakisan terjadi yang boleh menjejaskan keselamatan orang awam serta aliran Sungai Menglait.

 

5.       MENAIKTARAF SUNGAI UTAMA DAN ANAK-ANAK SUNGAI – PEMBAIKAN SALIRAN DI KAWASAN JALAN JERUDONG FASA 1

Kontraktor: Foundation Contractor & Engineering Sdn Bhd

Harga Kontrak: $1,227,227.00

Tempoh Projek: 18 bulan

Objektif Projek: Projek melibatkan penaiktarafan longkang outlet berhampiran Simpang 316 sehingga Simpang 396-54-12 Jalan Jerudong. Projek ini adalah dihasratkan untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan mudah banjir.

 

6.       PEMBINAAN KALBAT PELEPASAN BANJIR DI SPG 884, JALAN JANGSAK

Kontraktor: Foundation Contractor & Engineering Sdn Bhd

Harga Kontrak: $1,093,993.00

Tempoh Projek: 8 bulan

Objektif Projek: Projek melibatkan penambahan longkang kalbat di Jalan Gadong berhampiran Simpang 884 yang seringkali mengalami banjir akibat daripada longkang kalbat yang sedia ada tidak berupaya menampung aliran hujan daripada hulu. Dengan terlaksananya projek ini, ia boleh mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku disebabkan oleh banjir kilat di jalan tersebut.

 

7.       PROJEK PERINTIS SECARA KOMPREHENSIF SELAMA TUJUH (7) TAHUN KONTRAK BERMUSIM BAGI KERJA-KERJA OPERASI DAN PEMELIHARAAN STESEN-STESEN PAM DAN KOLAM-KOLAM OKSIDA PEMBETUNGAN UNTUK TADAHAN LAMBAK KIRI DAN MENTIRI

Kontraktor: Beaver Engineering Sdn Bhd

Harga Kontrak: $1,833,280.00

Tempoh Projek: 84 bulan

Objektif Projek: Menjalankan kerja operasi dan pemeliharaan secara komprehensif keatas peralatan sistem-sistem pam dan rawatan kumbahan RPN Kampong Mentiri dan STKRJ Lambak Kiri untuk meningkatkan efisiensi perkhidmatan melalui pengurangan aduan awam dan pencemaran alam sekitar dari limpahan air najis.

 

8.       MENGGANTI PAM-PAM UTAMA BAGI LOJI-LOJI DAN BOOSTER PAM – LOJI RAWATAN AIR DAERAH BRUNEI DAN MUARA, TUTONG DAN TEMBURONG

Kontraktor: Beaver Engineering Sdn Bhd

Harga Kontrak: $1,688,530.00

Tempoh Projek: 14 bulan

Objektif Projek: Mengurangkan masalah tekanan air rendah dan masalah bekalan air di kawasan yang terjejas dengan mengganti pam air utama di Loji Rawatan Air Layong (Daerah Tutong), Mengkubau (Daerah Brunei Dan Muara), Sumbiling dan Batang Duri (Daerah Temburong)

 

9.       MENGGANTI PAM-PAM UTAMA BAGI LOJI-LOJI DAN BOOSTER PAM – LOJI RAWATAN AIR BUKIT BARUN

Kontraktor: KTH Bersatu Sdn Bhd

Harga Kontrak: $1,686,096.36

Tempoh Projek: 20 bulan

Objektif Projek: Pam yang ada yang akan diganti dalam projek ini telah berfungsi dengan kecekapan yang jauh lebih rendah daripada kecekapan yang diinginkan / dirancang dan perlu diganti untuk mencapai prestasi yang diperlukan. Ini membolehkan air bersih dihantar kepada pengguna pada tahap optimum dan memuaskan.

 

10.   MENGGANTI PAIP AIR PEMBEKALAN MENUJU KE TANGKI SULTAN FLIGHT

Kontraktor: Pembinaan Assrinah Dan Anak-Anak Sdn Bhd

Harga Kontrak: $723,250.00

Tempoh Projek: 12 bulan

Objektif Projek: Sebagai persediaan alternatif bagi sumber air menuju ke Tangki Sultan Flight jika berlakunya sebarang gangguan bekalan air bagi paip utama Peringkat 4 & 5 disebabkan oleh kerja-kerja penyelengaraan atau kerja kecemasan pembaikan ke atas paip utama berkenaan.

 

11.   SIASATAN NON-REVENUE WATER DAN AKTIVITI BERKAITAN BAGI DISTRICT METERED AREAS (DMAS) TERPILIH DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA

Kontraktor: Pembinaan Assrinah Dan Anak-Anak Sdn Bhd

Harga Kontrak: $766,675.16

Tempoh Projek: 24 bulan

Objektif Projek: Kajian dan menyelidiki laporan terperinci mengenai status semasa setiap kawasan District Metered Areas (DMA) dan penambahbaikan / cadangan berkaitan dengan pengurangan DMA NRW.

 

12.   MENGGANTI PAIP-PAIP AIR LAMA JENIS ASBESTOS CEMENT / GALVANISED IRON AND PVC DI DALAM RANGKAIAN SISTEM PEMBAHAGIAN AIR – PERPINDAHAN RATAIE, DAERAH TEMBURONG (FASA 1)

Kontraktor: Amron Contractor Sdn Bhd

Harga Kontrak: $513,963.00

Tempoh Projek: 18 bulan

Objektif Projek: Untuk memastikan pembekalan air bagi penduduk di Rancangan Perumahan Negara Perpindahan Rataie tidak terganggu dan bagi menyediakan infrastruktur untuk perkembangan di masa akan datang di kawasan ini.

 

13.   TERM CONTRACT FOR MAINTENANCE OF WATER SUPPLY AT LUMUT AND SG LIANG AREAS AT BELAIT DISTRICT FOR 3 YEARS

Kontraktor: Amron Contractor Sdn Bhd

Harga Kontrak: Fixed Schedule of Rates (FSOR) <$300,000.00

Tempoh Projek: 36 bulan

Objektif Projek: Melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan aset-aset dibawah kawalan Jabatan Kerja Raya Daerah Belait di Zon Lumut dan Sungai Liang bagi tempoh 3 tahun.

 

14.   MENAIKTARAF SUNGAI UTAMA DAN ANAK-ANAK SUNGAI – KAMPUNG LUMUT CATCHMENT AREA

Kontraktor: Jumas Sdn Bhd

Harga Kontrak: $1,092,682.00

Tempoh Projek: 24 bulan

Objektif Projek: Menaiktaraf sistem saliran dan mengurangkan kadar kebanjiran di kawasan Kampung Lumut, serta menghalang pembiakan nyamuk dan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.

 

15.   KERJA-KERJA INFRASTRUKTUR DAN PERUMAHAN AM – NATIONAL HOUSING SCHEME BALANCE INFRASTRUCTURE WORKS AT KG MERAGANG PHASE 7

Kontraktor: MIM Sdn Bhd

Harga Kontrak: $1,233,089.00

Tempoh Projek: 9 bulan

Objektif Projek: Menyiapkan kesemua infrastruktur yang ada di dalam kawasan perumahan ini dan juga bagi memastikan keseluruhan kawasan perumahan ini berada di dalam keadaan selamat dan mencapai standard yang memuaskan.

 

16.   MAINTENANCE OF LANDSCAPE AND PARK FACILITIES AT MENTERI BESAR RECREATIONAL PARK FOR A PERIOD OF TWO (2) YEARS

Kontraktor: Haque Vanu Sdn Bhd

Harga Kontrak: $128,001.00

Tempoh Projek: 24 bulan

Objektif Projek: Memastikan pemeliharaan landskap dan penyelenggaraan / pengurusan kemudahan-kemudahan awam di taman tersebut sentiasa terpelihara dan terkawal dari segi kebersihan, keindahan dan keselamatan pengunjung disamping untuk mengekalkan pemuliharaan koleksi spesis tumbuhan untuk tujuan penyelidikan dan pendidikan, keselesaan untuk rekreasi dan bersukan yang mana sejajar dengan visi Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi untuk melindungi dan memelihara alam sekitar agar sentiasa dalam keadaan yang bersih, hijau dan selamat, dan juga sejajar dengan matlamat Wawasan 2035 dalam memiliki kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi.

 

17.   DAILY COLLECTION AND DISPOSAL OF WASTES FROM THE ROADSIDE WASTE COLLECTION CENTRES IN BELAIT DISTRICT FOR A PERIOD OF TWO (2) YEARS

Kontraktor: Nasir Sdn Bhd

Harga Kontrak: $436,980.00

Tempoh Projek: 24 bulan

Objektif Projek: Menguruskan setiap hari sampah-sarap dan sisa-sisa buangan lainnya yang dibuang oleh penduduk Daerah Belait di pusat-pusat pengumpulan sisa pepejal (sampah) di sepanjang jalan-jalan utama di daerah tersebut, dan menghantar serta membuang sampah-sarap berkenaan di Tapak Pelupusan Sungai Paku.

Penandatanganan persetujuan perlantikan konsultan telah ditandatangani oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin Bin POKAP DSS Haji Zakaria dan wakil konsultan. Manakala penandatanganan kontrak bagi projek-projek pembinaan tersebut telah ditandatangani antara Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Pemangku Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Pemangku Pengarah Saliran dan Pembetungan, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Air, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Bangunan, serta wakil-wakil kontraktor yang dilantik. Kesemua penandatanganan berkenaan disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Majlis berkenaan diakhiri dengan sesi penyerahan dokumen kontrak dan dokumen persetujuan perlantikan konsultan.

Turut hadir di Majlis Menandatangani Kontrak tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke Bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan dibawah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Attachments