Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis pelancaran "The Big Wall"

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

5_Majlis pelancaran “The Big Wall”.JPG

SESI bergambar ramai.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 April. – Dalam usaha untuk mencantikkan kawasan Bandar Seri Begawan, Guerrilla Artchitects Studio, Shop and Gallery telah diberikan kesempatan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan, untuk merancang dan melaksanakan fasa ketiga Projek "The Pedestrianisation of Jalan Roberts and Adjacent Alleyways", juga dikenali sebagai The Big Wall, yang mempamerkan lukisan mural di permukaan besar dinding bangunan LOT 155 bersebelahan dengan Panggong Borneo.

Fasa ketiga projek "The Pedestrianisation of Jalan Roberts and Adjacent Alleyways" yang merupakan satu inisiatif di bawah kelolaan Jabatan Bandaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Kementerian Pembangunan telah dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

1_Majlis pelancaran “The Big Wall”.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa melancarkan The Big Wall.

Konsep awal di sebalik reka bentuk The Big Wall berkenaan merupakan gabungan elemen-elemen yang memperlihatkan identiti Negara Brunei Darussalam seperti mercu tanda ikonik negara – Kampong Ayer, hutan hujan tropika dan sebagainya. Reka bentuk berkenaan dicantikkan lagi dengan gabungan pelbagai warna.

Dengan penglibatan sepuluh orang artis lukisan tempatan Brunei; enam orang artis terdiri dari Guerrilla Artchitects dan empat artis undangan, reka bentuk berkenaan telah disiapkan dalam tempoh masa tiga minggu (17 Disember 2020 – 08 Januari 2021). Projek berkenaan juga berjaya siap dilaksanakan dengan sokongan yang diberikan oleh Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan, Jabatan Kerja Raya dan penglibatan beberapa buah agensi.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya.

Attachments