Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan adakan tadarus di Masjid Kampong Labu Estate

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Kementerian Pembangunan adakan tadarus di Masjid Kampong Labu Estate.jpg

MAJLIS Bertadarus, Bertahlil dan Berbuka Puasa yang diadakan di Masjid Kampong Labu Estate, Temburong.

KAMPONG LABU ESTATE, Rabu, 28 April. – Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Bertadarus, Bertahlil dan Berbuka Puasa di Masjid Kampong Labu Estate, Temburong.

Hadir di majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan; Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Mesyuarat Negara, selaku Penghulu Mukim Zon 2 Daerah Temburong; Yang Mulia Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong; Yang Mulia Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir, Pemangku Penghulu Mukim Labu dan Ketua Kampung Labu; Ketua-Ketua Jabatan; Ketua-Ketua Divisyen/Unit; pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan JabatanJabatan di bawahnya serta penduduk di sekitarnya.

Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa satu unit alat penghawa dingin, satu unit alat projektor bersama skrin, dan dua unit troli bagi keperluan Masjid Kampong Labu Estate yang diserahkan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan kepada Imam Masjid berkenaan, Yang Mulia Imam Haji Mohammad Sallehuddin bin Haji Suhaimi.

1_Kementerian Pembangunan adakan tadarus di Masjid Kampong Labu Estate.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyerahkan sumbangan wakaf Kementerian Pembangunan kepada Imam Masjid Kampong Labu Estate, Temburong.

Majlis diikuti dengan bertadarus Al-Quran yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan Al-Quran Juzuk 17 Surah Al-Anbia.

Majlis ini turut diselajurkan dengan majlis berbuka puasa dan menunaikan solat Fardhu Maghrib berjemaah.

3_Kementerian Pembangunan adakan tadarus di Masjid Kampong Labu Estate.jpg

4_Kementerian Pembangunan adakan tadarus di Masjid Kampong Labu Estate.jpg

5_Kementerian Pembangunan adakan tadarus di Masjid Kampong Labu Estate.jpg

SUASANA Majlis Bertadarus, Bertahlil dan Berbuka Puasa yang diadakan di Masjid Kampong Labu Estate, Temburong.

Majlis seumpama ini adalah sebahagian daripada kegiatan keugamaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Attachments