Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kempen Menderma Darah sempena MKK 2021

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kempen Menderma Darah sempena MKK 2021.jpg

KEMPEN Menderma Darah yang telah diadakan di Dewan Atria Simpur, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

BERAKAS, Rabu, 9 Jun. – Sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2021, Jabatan Kerja Raya dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah mengadakan Kempen Menderma Darah yang berlangsung di Dewan Atria Simpur, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Kempen tersebut turut disertai oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

2_Kempen Menderma Darah sempena MKK 2021.jpg

3_Kempen Menderma Darah sempena MKK 2021.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa ikut serta dalam Kempen Menderma Darah.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria dan Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh.

Sebanyak 55 pek darah telah berjaya dikumpul daripada penderma yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya dan orang ramai semasa kempen tersebut.

Kempen tersebut adalah betujuan untuk membantu meningkatkan bekalan darah negara disamping menggalakkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dalam kalangan warga Perkhidmatan Awam.

Attachments