Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Taqarrub melalui ibadah korban

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur

5_Taqarrub melalui ibadah korban.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menyampaikan daging-daging korban kepada penerima yang berhak.

BERAKAS, Selasa, 12 Julai. – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Ibadah Korban Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tahun 1443H/2022M yang diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Kemahiran dan Latihan, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

4_Taqarrub melalui ibadah korban.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat majlis.

Pada tahun ini, sebanyak empat ekor kerbau telah dikorbankan yang disertai oleh 20 orang peserta.

Daging-daging korban tersebut diagih-agihkan kepada 69 orang penerima berhak yang terdiri daripada warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis turut diserikan dengan ceramah khas bertajuk 'Taqarrub Melalui Ibadah Korban' yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Yang Mulia Ustaz Awang Mohammad Nasyith bin Superi.

6_Taqarrub melalui ibadah korban.jpg

CERAMAH khas bertajuk 'Taqarrub Melalui Ibadah Korban' yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Yang Mulia Ustaz Awang Mohammad Nasyith bin Superi.

Majlis Ibadah Korban ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan yang diadakan pada setiap tahun sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memupuk nilai persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya dan ukhuwah Islamiah dengan saling membantu antara satu sama lain.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Ketua-ketua Jabatan; para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Laman sesawang Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Attachments