Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Penutup Dikir 12 Malam Sempena Maulidur Rasul 1444H/2022M
Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

KILANAS, Isnin, 10 Oktober – Majlis Penutup Dikir Syarafil Anam selama 12 malam berturut-turut sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas berlangsung di masjid berkenaan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid. Juga hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang juga selaku Penaung I, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas.

1_Majlis Penutup Dikir 12 Malam Sempena Maulidur Rasul 1444H2022M.jpg

Hadir selaku tetamu ialah MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid. Juga turut hadir, MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang juga selaku Penaung I, AJK Takmir Masjid Kampung Kilanas.

Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Acara kemudian diteruskan dengan Dikir Assalamualaika diikuti Dikir Khairuman, Alhamdulillah, Bishahrin, Badat, Dikir Marhaban serta Doa Dikir dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Pada majlis itu, pihak Kementerian Pembangunan juga menyerahkan beberapa buah alat elektrik sebagai wakaf untuk kegunaan pihak Masjid Kampung Kilanas yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

2_Majlis Penutup Dikir 12 Malam Sempena Maulidur Rasul 1444H2022M.jpg 3_Majlis Penutup Dikir 12 Malam Sempena Maulidur Rasul 1444H2022M.jpg

Juga hadir Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan dan juga Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan.

Acara dikir merupakan aktiviti tahunan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas bagi menggalakkan semua ahli jawatankuasa takmir masjid dan penduduk kampung serta jemaah Masjid Kampung Kilanas dalam sama-sama meraih pahala dan berkat yang terdapat di dalamnya. Ia juga bertujuan untuk memupuk rasa cintakan kepada Rasul Allah, semangat bergotong-royong dan kerjasama serta perpaduan dalam mengungkayahkan pelaksanaan Majlis Dikir dan mendapatkan ilmu sampingan daripada tazkirah yang juga turut diadakan serta menggalakkan masyarakat kampung untuk mengimarahkan masjid dan sekaligus memupuk semangat kerjasama dan merapatkan silaturrahim di antara penduduk Kampung Kilanas dan sekitarnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments